Total Pageviews

Sunday, 5 February 2012

Maulidur Rasul

maulidurrassul tanda kelahiran Nabi Muhammad insan mulia...kita sebagai umat nabi marilah kita semua mengigati perjuangan baginda...bukan hanya maulidurrasul sahaja...malah sentiasalah letakkan baginda di dalam jiwa...pegang lah Al-quran dan al-sunnah...nescaya tidak akn sesat selamanya...sayangilah nabi kerana dia amat menyanyangi kita....inshaalah..baginda akan beri shafaatdi akhirat kelak...amin

Saturday, 28 January 2012

bermula dari "Sebelum

'' Sebelum kita bercakap, dengar dulu. Sebelum kita bertindak, berfikir dahulu. Sebelum kita mengkritik, sabar dahulu. Sebelum kita mendoakan, maafkan dulu. Sebelum kita berputus asa, cuba dulu. ''  

Setelah apa yang berlaku biarkan aku sendiri mencari siapa aku. Mencari di mana letaknya salah dan silap aku. Memperbaiki kelemahan diri aku yang takkan pernah sempurna ini. Selama ini bukan keegoaan yang aku pertahankan tetapi harga diri aku. Maruah aku.

Sebelum bercakap, dengar dulu. Jangan mudah menjatuhkan hukum kerna akibatnya amat sakit dan juga amat memeritkan. Kamu pandai berkata-kata, cintakan sastera, utamakan dakwah, bijak dalam mengatur strategi tetapi sayangnya itu cumalah kelebihan yang ada pada zahirmu sahaja. Aku takkan pernah meminta lebih dari kamu tetapi cuma secebis belas kasihan kamu sebagai manusia yang diciptakan mempunyai hati nurani. Itu sahaja.

Sebelum bertindak, berfikir dahulu akibat dari tindakan kamu itu. Adakah ia benar-benar tindakan yang betul? Pernah tak sedetik kamu berfikir sejenak, apa kesan yang akan berlaku di atas tindakan kamu. Tapi hampa, kamu cuma memikirkan perasaan kamu sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tak mengapa. Allah mengertahui. Mungkin apa yang berlaku ke atas hidup kamu mempunyai seribu hikmah. Kerna apa? Allah itu maha adil.

Sebelum kita mengkritik, bersabar dahulu. Jika ada benda yang membuatkan kamu menyampah meksipun hal yang kecik, kamu akan mengkiritik tanpa kamu bersabar terdahulu. Sedarkah kamu bahawa saya ini bukan malaikat yang di ciptakan allah untuk menjadi pendamping kamu. Saya punyai kelemahan tetapi allah jua kurniakan kelebihan yang tak seberapa bagi kamu untuk menilainya.

Sebelum mendoakan, maafkan dulu. Perlu kamu tahu meksipun sakit atau perit apa yang kamu lakukan pada saya. Saya maafkan kamu apa adanya kamu. Tak mengapa. Saya bukan seorang manusia yang pendendam. Saya halalkan apa yang berlaku, teruskanlah hidup kamu dengan sisa-sisa keindahan yang membuatkan warna warni kehidupan kamu.

Sebelum kita berputus asa, kita usahakan dahulu. Alhamdulillah saya sednag usahakan untuk menghakiskan perasaan yang bagi saya tiada gunanya lagi untuk saya kenang mahupun ingat. Kerna tiap saat yang mengingatkan saya pada kamu membuatkan  hati sy berdarah kembali dan luka yang ada tidak akan pernah sembuh

Islam

kata yang paling indah adalah "Allah"
lagu yang paling merdu adalah "Azan"
majalah yang baik adalah "Al-Qur'an"
senaman yang sihat adalah "Solat"
diet yang sempurna adalah "Puasa"
kebersihan yang menyegarkan adalah "Wudhuk"
perjalanan yang indah dan menakjubkan adalah "Haji"

KEINDAHAN ISLAM

RENUNGAN:

~ PELIHARALAH AKHLAKMU KERANA IA KEHIDUPANMU..
~ PELIHARALAH AGAMAMU KERANA IA ADALAH NYAWAMU..
~ PELIHARALAH BUDI PEKERTIMU KERANA IA ADALAH PAKAIAN UKHRAIMU..
~ PELIHARALAH LISANMU KERANA IA ADALAH HATIMU YANG MENENTUKAN BAIK BURUK DIRIMU...

Pahala yg bertambah dan berterusan

Rasulluah SAW bersabda:
sesiapa yg mengajak kepada kebaikan, maka baginya pahala yg diperoleh oleh org yg mengikutnya selepasnya,(serta) tidak berkurangan pula pahala org yg mengamalkannya, sesipa yang mengajak kepada kesesatan, maka baginya dosa  yg turut diperoleh oleh org yang membuat dosa selepasnya dan tidak akan berkurangan dosa itu walau sedikitpun

apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

? Sedekah/amal jariahnya.
? Doa anak²nya yang soleh.
? Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain